Wednesday, December 29, 2010

Maju Ke Hadapan dan Pijak Bayang - bayang !

29 Disember 2010.

Dua hari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya dan ceritera 2011 akan memulakan perjalanannya. Kisah 2010 mengukir 1001 kisah yang adanya manis dan pahit untuk aku lakarkan di ruangan blog ini. Hari ini sahaja, terukir satu lagi kenangan di mana Kepala kepada semua Kepala Kepala di MBMB ini akan pergi meninggalkan organisasi gergasi ini. Tempoh perkenalan aku dengan Datuk Yusof bin Hj. Jantan adalah cuma hanya 12 bulan bersamaan dengan angka satu tahun. Pada mula saat aku memulakan tapak ku di MBMB sebagai student praktikal lagi. Haha. Aku tidak lah dikenali mana cuma ada satu cerita yang membuatkan aku sendiri membuatkan diriku dikenali oleh beliau. "Hujan !". HAHA ! Lain kali, jangan nak mencelah ye Yana ! ;p

Putus Cinta !

Haha. Tahun ini juga lah aku cukup merasa erti derita cinta. Alaa. Memang malang sikit lahh. Tapi nak buat macamana. Ni lah jalan yang Allah dah tentukan untuk aku sebagai hambaNya hanya mampu berserah dan menyerah. Ramai memujuk mengatakan "Yana, mungkin ada hikmahnya jadinya semua ne. Sabar jep lahh. Mungkin benda yang lebih baik akan datang seterusnya." Terima kasih aku ucapkan pada yang memberi semangat. Bersabar. Aku bersyukur kepada Allah. Benar ! Apa yang terjadi mendidik aku menjadi seorang yang sangat penyabar dan bersyukur. Sakit ! Memang selepas ditinggalkan, aku mengecapi bahagia tapi itu pun sementara. Terjadi lagik perkara yang sama. DITINGGALKAN ! Itu adalah kerana , aku ini insan kedua. Allah itu Maha Kaya. Aku percaya dengan segala pemberianNya dan kejadianNya. Dia tinggalkan aku hanya untuk bersama si dia. Aku memujuk hatiku. "Sabarlah sayang. Kesian kau selalu saja sakit. Selalu saja menangis. Mungkin kau akan dapat bahagia selepas ini. Sabar ye." Hati kecilku reda seketika. Aku berdoa untuknya, jika itu pilihan mu, kau pergilah. Mungkin aku bukan sempurna di matamu. Kerna itu, kau memilihnya. Jika itu yang membahagiakan mu, kau pergilah. Sememangnya jika kau bahagia, aku pun turut merasa bahagia. Senyumlahh.

Pahit !

Semua aku belasah. Pahit itukan ubat. Haha. Tahun ini juga ramai teman sepejabatku meninggalkan status bujang buat selama-lamanya. Mula dengan teman rapatku, Aishah. Seronok mendengar cerita persiapan perkahwinan, majlis perkahwinan, gambar kahwin. Uhhh ! Jeless ! Haha. Cerita lepas kahwin. "Malam semalam aku masakkan sup, gorengkan telur, buat sambal belacan. Aku tengok Azmir laju jep makan. Seronok aku tengok dia makan." Haha. Cerita Aishah kat aku macam aku ne pon da kahwin macam dia. Lepas ne Kak Hawa. Semoga selamat semua ye hendakNya. Aku ? Haha. Jangan ditanya bila. Kelak merana jiwa. Haha. InsyaAllah. Ada izinNya, datanglah pangeran muda melamar aku menjadi permaisuri hidupnya hingga hujung nyawa. Dan aku berharap jodoh yang Allah temukan itu dapat menerima aku seadanya. Aku rasa lambat lagi lahh. Betol. Lambat. Tak payah lah nak tunggu aku kahwin. Biar satu opis aku kahwin dulu lah kowtt.

2011 !

I wish all my dream will come true through this year. 2010 was just flew by. So, I gain myself with lots of love, cheerish, joyful and glory ! Really hope, 2011 will throw away all the pain ! Who knows, only God Know !

No comments: