Tuesday, December 28, 2010

hah ! Tambah satu angka :)

Meningkat !

Yaaa . Aku sudah meningkat dewasa ke angka 21. Syukur kepada Allah yang telah memberikan aku peluang untuk mengecap nikmat di atas duniaNya.

21 ?

Mungkin bagi sesetengah angka itu adalah kunci kebebasan pada diri masing - masing. Bebas dari segi apa ya ? Terpulang lah pada diri sendiri untuk menilainya. Pada aku, bebas yang aku kecapi pada saat ini adalah aku bebas berfikir dan menetapkan pendirian ke atas diri aku sendiri. Ahh pedulik orang nak cakap apa. " Kau bagus sangat ke ? " Haha

Aku semakin matang untuk berfikir. Alhamdulillah, pintu hati aku semakin terbuka untuk menerima jalan yang diredhai oleh Allah. Mungkin selama ini aku terlalu naif dengan segala apa yang telah dianugerahkan olehNya. Atau mungkin selama ini aku terlalu leka dengan keseronokan dunia remaja sehingga membuatkan diriku alpa dan terlupa dengan landasan agama yang telah setia dijalanNya. Oh jika aku diberikan satu peluang ! Hitam dan putih, terima kasih kerana Kau kurniakan aku satu perasaan yang sukar aku gambar kan ketika ini.

Dan untuk awak yang teristimewa, terima kasih sebab bawak saya pergi tengok ikan besar besar yang tak pernah saya tengok seumur hidup. Awak dapat luangkan masa dengan saya pun itu dah cukup memadai dah awak. Terima kasih banyak banyak awak.

Untuk ibu dan ayah, terima kasih jugak sebab lahirkan dan besarkan Nana sampai sekarang. Sayang ibu ayah sangat sangat. Mwacks !

See ya in number 22 ! Insyaallah.

Bye

No comments: