susu lemak manis.santan kelapa muda.nana jangan nanges.ibu buat kerja.alangkah indah nya waktu kecik2 dulu.dibelai dan dijaga.dimanja.disusu.oohh.indah dunia.tanpa sebarang masalah provokasi dunia.tanpa sebarang konspirasi kewangan negara.tanpa sebarang perihal kematian manusia akibat peperangan.indah damai ku di pangkuan ibu.
setahun.
aku masih lagi seperti ulat bulu yang mengengsotkan badannya untuk bergerak.tanpa menggunakan kaki lagi.aku masih muda.belum mengerti lagi bahasa tatih.
tiga tahun.
aku mula mencari langkah tapak kaki ku.selangkah demi selangkah.aku berjalan.terhoyong ke kanan.terhayang ke kiri.mari cepat anak ibu.tatih.tatih.alangkah indahnya dunia jika kita tak membesar.
tujuh tahun.
aku mula mengenal erti alam persekolahan.alam membaca.alam berkawan.dan alam mengenal erti dunia luar.pelbagai aku pelajari.pelbagai yang aku temui.eh.ada alam lagi satu.alam mengaji.alam yang ku tahu tentang milik ku adalah milikNya.
tujuh belas tahun.
aku meningkat dewasa.dewasa yang penuh dengan segala cerita.cerita yang belum cukup untuk mengajar aku erti kemanusiaan.dan kehidupan.aku hanya seorang manusia yang naif.bodoh.adakah silap ibu yang mengajar aku tatih yang salah.atau silap ayah yang setiap pagi tidurnya diganggu semata2 untuk menghantar ku ke sekolah.tapi yang pasti bukan salah mereka.aku yang silap!alangkah indahnya dunia.tanpa si hitam.alangkah indahnya dunia.tanpa si masalah.alangkah indahnya dunia.tanpa .................................
ibu.nak susu.
sekian.
No comments:
Post a Comment