Sunday, November 9, 2008

aku melayu?

Tajuk kontroversi? Sengaja aku pilih tajuk kontroversi ni dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada anak bangsa aku sendiri. Apa yg bakal aku tulis ni adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku terhadap apa yg berlaku dlm masyarakat Melayu kita di Malaysia. Tidak pernah terdetik dihati untuk menghina, atau mengutuk bangsa sendiri; cuma sekadar untuk dijadikan renungan agar kita dapat melakukan perubahan.

ahha..

Muktahir ini kita dapati banyak hal yg melibatkan ‘pertembungan’ antara kaum di Malaysia. Masing-masing hari ini ingin mendapatkan hak sama rata. Bila aku pergi ke kedai-kedai, selalulah kedengaran pakcik-pakcik Melayu merungut, tidak berpuas hati, bila kaum-kaum lain di Malaysia menuntut hak sama rata mereka. Macam-macamlah yg dikata.Aku dan teman ku juga sering memberu pandangan masing2 mengenai isu ini.Bukan ingin membezakan kan dari kaum dan warna kulit.Warna kulit aku jugak tidak secerah anak2 Melayu yang lain.tapi cuma ingin melahirkan secuit rasa yang kurang di dalam dada. Lantas aku terfikir, mengapa begitu lantang sekali suara-suara meminta hak sama rata akhir-akhir ini? Bila lama merenung akhirnya persoalan aku terjawab.

kaching!

Apabila aku amati pasaraya-pasaraya di Malaysia, kebanyakannya adalah hakmilik mereka yg bukan berbangsa Melayu. Secara teknikalnya, sumbangan mereka kepada negara adalah jauh lebih banyak dr segi ekonomi melalui cukai tahunan. Cukai yg diterima dr bangsa bukan Melayu adalah jauh lebih banyak. Tetapi faedah dr cukai yg diberi banyaknya dimanfaatkan org-org Melayu. Biasiswa, projek perniagaan, dan khidmat perubatan adalah sebahagian perkara yg diberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu hasil dr wang kutipan cukai. Orang memberi, kita menerima.

Bangsa Melayu telah banyak ‘berhutang’ dengan bangsa-bangsa bukan Melayu. Namun begitu, jatuhnya bangsa Melayu bukan kerana bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Melayu itu sendiri. Kedai2 pajak di negara kita lagipun dituan punya kedai kan kepada bangsa yang berkulit cerah merah. Dan yang selalu menjadi pelanggan tetapnya pula adalah manusia yang datang nya dari golongan yang berbangsa MELAYU! Mana pergi nya aset2 Melayu negara kita.Tanah. Kebun.Ahh! Mana taknya, tanah rizab Melayu dijual tak berganti untuk tujuan pembangunan. Aset yg dibina atas nama pembangunan ini langsung tidak mampu dibeli majoriti bangsa Melayu. Lama-kelamaan mungkin bangsa Melayu akan ‘menyewa’ ditanah sendiri.

fuckoff!

Tak cukup dengan itu, majoriti bangsa Melayu telah banyak menunjukkan ketidaksungguhan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Tak perlulah kita pergi kepada projek2 mega syarikat besar, perniagaan buat baju pun sudah cukup untuk dijadikan contoh. Tempahan baju dibuat dikedai Melayu, tetapi baju dibuat di kedai bangsa bukan Melayu. Peniaga hanya mengambil keuntungan atas angin. Hakikat bangsa bukan Melayu banyak menjadi tulang belakang kepada kejayaan syarikat-syarikat Melayu tak dpt disangkal lagi. Apabila tuan punya syarikat mati, syarikat diambil alih mereka yg bukan berbangsa Melayu. Sebahagian ahli korporat Melayu lain pula terlalu suka mengambil untung atas angin, menjadi pelabur lelap dek malas bekerja. Bila syarikat berhadapan dengan masalah, pelabur-pelabur lelap inilah yg akan menanggung segala liabiliti syarikat. Sikap menangguk di air yg keruh tak membuahkan hasil, malah mengundang padah bukan sahaja kepada diri, bahkan kepada anak warisan bangsa Melayu.

shit!

Dalam kita hidup serba moden ini, sihir, santau, saka dan yg seangkatan dengannya masih menjadi amalan sebahagian masyarakat Melayu. Bila hasad dengki atau berprasangka buruk terhadap seseorang, bomoh dan pawang menjadi tempat tuju untuk melepaskan kegeraman dan kebencian. Yang diseksa hidup merana, yang menyeksa tak pernah bahagia.Masalah Melayu tak berakhir disitu, dek kurangnya perhatian ibubapa terhadap anak-anak, banyak anak bangsa Melayu yg terjerumus ke kancah maksiat. Leka dengan hiburan, rempit sana sini dan berkepit tanpa malu. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab didikan agama kepada guru. Bila guru memukul dengan tujuan mendidik, guru pula dijadikan mangsa kerakusan ibubapa melepaskan kemarahan sedangkan tanggungjawab memberi didikan agama itu terletak pada bahu ibu bapa sendiri.

Islam??

Segala-gala yang berlaku kepada bangsa Melayu adalah kerana majoriti bangsa Melayu kurang "alert" atau Melayu nya kurang peka akan pengetahuan Islam. Islam tidak mengajar umatnya malas, Islam tidak mengajar umatnya hanya pandai menerima ’sedekah’ orang, Islam tidak mengajar umatnya mengejar kekayaan dunia semata-mata, Islam tidak mengajar umatnya berhasad dengki dan berprasangka buruk dan Islam tidak pernah mengajar umatnya berhibur secara berlebihan. Segala yg berlaku adalah disebabkan sikap Melayu itu sendiri. Jika sikap ini adalah jati diri bangsa Melayu, maka jangan sesekali memanggil aku Melayu!

Aku Melayu Baru!!

No comments: