Tuesday, January 25, 2011

Hanya Allah Maha Mengetahui

Kehidupan manusia memang sukar dijangka. Indah sungguh peribahasa nenda dahulu kala. " Malang itu memang tidak berbau cu." Jangan disangka hidup ini indah sahaja. Di kala kita ketawa, mungkin ada dugaan hebat yang Allah telah hamparkan untuk menunggu kita menyambutnya. Ya Allah, sungguh hebat kuasa Mu. Kalian, apa yang telah ditentukan barangkali menyimpan sejuta makna yang perlu kita fikirkan dan ketika itu bergunalah wahai manusia akal dan fikiran yang telah Allah ciptakan.

Jangan lah mudah menyalahkan takdir dan nasib jika malang itu sentiasa melekat di dalam kamus hidup anda. Sebaliknya, muhasabah diri sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Pernah juga diri ini cuba menyalahkan takdir, tapi alangkah berdosanya diri ini jika menolak Qada' dan Qadar yang telah termaktub sejak azali lagi.

Bagi yang tersayang, jangan lah awak merasa putus asa dan tidak berguna. Selagi saya ada di sisi awak, takkan saya biarkan sedikit pun rasa sedih, susah hati, gelisah, kecewa dan semua perasaan negatif terpalit di dalam hidup awak. Ini janji saya untuk awak selagi saya masih ada dalam hidup awak. Saya nak awak tau, saya nak yang terbaik dalam hidup awak. Kalau saya bukan perempuan yang terbaik, saya janji saya akan pastikan awak akan dapat perempuan yang bergelar isteri yang paling terbaik untuk awak dan bakal anak-anak awak. Ini janji saya ! Saya nak awak tahu yang saya sayaaaaaangg sangat dekat awak. Saya akan ingat 1 Januari 2011 sebagai tarikh yang paling bahagia dalam hidup saya. I Lebiu bb........... (:

No comments: